Selasa, 15 Jun 2010

sinopsis...

Sudah lama Shahra menyimpan hasrat untuk mengahwini Raihan, kekasih hatinya yang telah bersama sejak mereka di tingkatan lima lagi sehinggalah masing-masing menamatkan pengajian di UiTM. Setelah mencari pekerjaan tetap, Raihan menyatakan hasrat untuk menikahi Shahra. Perkhabaran itu mengecewakan Aiman, teman rapat Shahra sejak di bangku sekolah lagi. Sudah lama Aiman menyukai Shahra namun tidak diluahkannya kerana dia tahu Raihan dan Shahra tidak akan kekal lama memandangkan mereka seolah-olah tidak serasi malah sering bergaduh. Namun, sangkaannya meleset apabila Shahra sudah sah menjadi tunangan Raihan dan mereka akan diijabkabulkan lima bulan kemudian atas permintaan Shahra sendiri. Aiman membuat satu perhintungan yang mana dia pasti Shahra akan menjadi miliknya.  Shahra disahkan mengandung tiga bulan selepas majlis pertunangannya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh hamil sedangkan dia tidak pernah melakukan hubungan yang terlarang. Malah memegang tangan Raihan atau mana-mana lelaki yang bukan muhrimnya juga tidak pernah. Kehamilannya dirahsiakan terus dari pengetahuan Raihan. Shahra sendiri yang memutuskan hubungan dengan alasan tiada lagi cinta dan dia sanggup untuk membayar berapa sahaja nilai untuk gantirugi pertunangan mereka. Namun, anak yang dikandung memerlukan bapa dan Aiman sendiri dengan rela hati menjadi suami Shahra dan bapa kepada anak Shahra. Sembilan bulan berlalu dan bayi perempuan yang diberi nama Aina Syakira selamat dilahirkan. Ketika itu, abang Shahra yang sememangnya bekerja di bahagian forensik mencadangkan supaya Shahra membuat ujian darah Aina Syakira untuk mengetahui bapa sebenar bayi dan orang yang telah membuatkan Shahra hamil luar nikah. Aiman mulai takut jika rahsianya selama ini terbongkar. Dia menolak sekerasnya cadangan itu. Namun, kekerasan Shahra untuk membuat ujian darah membuatkan dia terpaksa akur dan akhirnya mengaku perbuatannya terhadap Shahra selama ini. Aiman sedar bahawa Shahra adalah bukan miliknya dan mereka telah berpisah buat selamanya. Keikhlasan Raihan ingin menyunting Shahra sebagai suri hidup membuatkannya terharu walaupun dirinya tidak suci lagi.

2 ulasan:

  1. Salam Nad...

    Wah..best cite ni, novel ke cerpen ni??
    Anyway..cara penulisan best walaupun cerita biasa2 saja..macam suspen2 nak tahu...
    Teruskan!

    BalasPadam
  2. ee..lme nye bulan mei 2...
    hehe pett.. crita xwat ape lg smpi skrg..
    just ada sinopsis je...
    hehehe ngeeeeeee.. :D

    BalasPadam